Photobucket

Sep 14, 2010

berusaha meraih redha Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sekiranya bagi anak Adam itu memiliki satu wadi emas, pasti dia akan mahu satu wadi emas lagi, sedangkan semua tidak memenuhi mulutnya melainkan tanah."                                                                                                                Sahih Muslim


mari kita renungkan bersama maksud hadis di atas. ianya berkias tentang hakikat yang akan dilalui oleh manusia sewaktu hidup di dunia ini. sekiranya harta yang seseorang miliki di dunia ini mampu menjadikannya seorang yang sentiasa terdorong untuk melakukan kebajikan, nescaya berbahagialah dia sama ada di dunia mahupun di akhirat. sebaliknya, jika harta tersebut melalaikan dirinya dan mendorangnya ke jalan maksiat serta kekufuran maka celakalah yang menantinya sama ada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Hassan al-Basri pernah ditanya "wahai Abu Sa'id, siapakan manusia yang paling keras teriakannya pada hari kiamat?" Beliau menjawab:"orang yang dikurniakan nikmat, tetapi dia menggunakannya untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT." 


sesungguhnya, peringatan ini sudah cukup menjadi pedoman bagi manusia yang mahu menginsafi akan hakikat kita dihadirkan di dunia ini. sebagai umat Islam, kita perlu berusaha mengajak diri sendiri serta saudara kita supaya melakukan amalan kebaikan dan bukannya menggalakkan mereka melakukan kejahatan. 


wallahu'alam..

Sep 5, 2010

kenangan..

cepatnya masa berlalu..pejam celik..pejam celik dah masuk 2 bulan aku melangkah ke alam kerjaya. sedar x sedar umur pun dah meningkat jadi 23 thn..huhu..berat badan ja yg x naik2..

hmm..ramadan pun dah nak sampai ke penghujungnya. aku rasa ni lah ramadan yang pertama sejak dari form 1 smpe msk universiti..yang aku posa penuh kt umh..sblm2 ni posa kt sek la..kt kolej..hmm,kalu x silap ada la dlm 10 thn.

thn ni raya pertama aku akan bg duit ry kat mak, abah..tok,adik,sepupu2..hehe..anak sdare xde lagi.sukanya..rs x sabar plak..maklumlah,br merasa duit hasil titik peluh sdiri.sblum2 ni asyik terima duit raya dr org lain ja.

tp kadang2 aku rasa bila usia semakin meningkat,kegembiraan di hari raya tu seakan2 semakin berkurang. rasa macam zaman kanak2..zmn blajar dulu2 lg seronok dr skrg..huhu..aku igt lagi,dulu masa sek, akak, abang ngan aku akan berkampung kt dapur..wat kuih raya..adik ms tu kecik lg..mlm sblm raya tu, semua org sibuk nk iron bj raya..dah prepare siap2 utk esk.

tp sekarang suasana dah berbeza..abang ngan akak dah jarang balik umah masa raya..tinggal aku dgn si kembar dua org tu ja la.kalu dulu, pg2 raya semua org berebut nak guna bilik air..skrg sunyi ja..

masa blajar kat universiti pun best jgk..lps raya semua org bwk kuih raya dari kampung.ada yg bwk ketupat..rendang..kalu yg tinggal kt area kl tu siap buat open house lagi..best sgt..aku igt lagi masa thn terakhir blajar ktrg satu batch konvoi beramai2 g beraya kt umh mel, zira, ro, arif..lami..syiro..dari gombak ke sungai buloh, pastu g klang plak. mggu seterusnya g bangi, ngan neg 9..fuhh..mmg meriah.

masa thn 2 ngan 3 pun best gak.waktu tu duk sbilik ngan along..lps raya ja,along mesti bwk blk ketupat manis dr klate..hehe..suka sgt makan.pastu angah, wan , ucu, anje ngan alang mesti bwk kuih ry masing2.

masa dah berubah..keaadan pun berubah..apapun, slamat menyambut hari raya aidilfitri..mohon maaf ats sgla kekhilafan..kullu 'am wa antum bikhair..smoga semua amalan yg dilakukan dlm bln ramadan ini akan diteruskan utk bln2 yg seterusnya..insyaALLAH..  

      

Aug 31, 2010

sekadar renungan..

bismillahirrahmanirrahim..

hmm...dah lama x update blog..mgkin masa x begitu mengizinkan..tp kali ni insyaALLAH aku nak berkongsi beberapa kata2 yang mungkin boleh dijadikan renungan mahupun peringatan buat kita semua. 

  • ketahuilah, tidak ada keburukan setelah masuk ke syurga, dan tidak ada kebaikan setelah masuk ke neraka. Setiap kenikmatan adalah rendah, jika dibandingkan dengan nikmat syurga. dan setiap ujian adalah ringan, jika dibandingkan dengan siksa neraka..

  • ambillah rezeki secukupnya, dan kehidupan yang jernih..kerana semua ini akan berakhir..bagaikan pelita ketika padam..

  • hidup berlebihan lebih banyak menimbulkan kebingungan..kebanyakan perkara yang membahayakanmu adalah perkara yang kau sukai..

  • teman seseorang ialah sikap kesederhanaanya, dan musuhnya adalah sikap berlebih-lebihannya..
marilah sama2 kita renungkan..wallahu'alam

Aug 23, 2010

kambing jamnapari

kalu sblm ni sy dah berkongsi mengenai kambing boer,kali ni sy nk berkongsi plak tntg kambing jamnapari.

kambing jumna pari ataupun jamnapari mengambil nama sempena nama sungai  (jamnapar) di Uttar Pradesh,India. baka kambing ini adalah yg terbesar di India dan sangat tahan lasak. ianya dipelihara utk bekalan daging serta susu.

ciri2 kambing jamnapari ialah:
  • bersaiz besar
  • terdapat kepelbagaian warna bulu (warna putih dgn sdkt paches) wrna gelap di kepala dan leher merupakan wrna yg biasa kelihatan.
  • hidungnya amat cembung dgn sekelompok bulu di atsnya.
  • telinganya amat pnjg (26.79 cm), berlipat dan jatuh ke bwh.
  • kedua2 jantina mempunyai tanduk.
  • ekor pendek dan kurus.


setiap baka mempunyai kelebihan dan kelemahannya, sama ada ianya jamnapari, boer, katjang, saanen mahupun biri2. namun apa yg perlu diutamakan adlh sistem penternakan dan pengurusan yang baik.

antara kelebihan kambing jamnapari ialah:
  • pembiakannya berkembang dengan pantas & efisien iaitu 2x setahun dgn purata 2 ekor ank stiap kali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor ank dlm satu masa.
  • matang ketika berumur 6 bln dan pd usia 10 bln sdh boleh mengawan.
  • saiznya besar & berat.
  • boleh dijual sewaktu umur 6 bulan.

apapun, bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan kos.

 Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi dalam ternakan, sama ada untuk daging, susu atau baka. Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara ternakan dan menjual ternakan.

wallahua'lam

Aug 22, 2010

kambing boer

hmm...langkah pertama dlm proses nk pero kmbg ni,kena la berkenalan dl dgn jenis2 kambing yg ada..hehe..so kali ni,aku nk berkongsi sedikit maklumat berkaitan kambing.

menurut 1 blog yang menjalankan projek penternakan kambing,terdapat 3 jenis kambing yang diternak pada masa kini di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. kini, kambing boer menjadi pilihan bagi para penternak berikutan mutu dagingnya yang tinggi serta mudah untuk diternak.

antara ciri2 kambing boer adalah :
  • subur dan mudah membiak sepanjang tahun
  • mempunyai lebih bnyk daging krn tulangnya lbh nipis berbanding kambing lain
  • daging lbh bermutu ,tinggi khasiat,rendah kalori,kolesterol dan kaya dengan protein.
  • dagingnya dicadangkan oleh American Heart of Association  untuk mereka yang mempunyai masalah jantung.
kambing boer

hmm..cukup kot perkongsian utk kali ni..next time kita akan berkenalan dgn kambing baka lain pulak ye?insyaALLAH...

Aug 21, 2010

bahagia..

baru2 ni ada sebuah filem hindustan yg ditayangkan di tv 3. x igt tajuknya (pjg sgt..huhu), tp yg pasti ianya menceritakan kisah beberapa org graduan yg masing2 mempunyai definisi mereka yg tersendiri mengenai erti kebahagiaan dlm hidup mereka.

ada graduan yang mengatakan dirinya akan merasa bahagia apabila berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang teremuka di dunia. rakannya pula mengatakan kebahagiaannya akan hadir apabila dia telah berjaya menjadi pemimpin/ahli politik bagi negaranya...ada juga yg merasakan kebahagiaannya akan muncul apabila dia berjaya menjadi seorang bintang filem...semua orang mengenalinya..apabila dia berjalan,semua mata akan tertumpu pdnya..

di akhir cerita tersebut, semua graduan yg berjaya mencapai cita2 mereka hakikatnya langsung tidak mencapai kebahagiaan utk diri mereka. ini berikutan setiap dari mereka mengambil jalan pintas demi menjadikan impian mereka suatu kenyataan..ada yg sanggup membunuh..jua menipu..hakikatnya,apakah mksd kebahagiaan yg sebenar? 

utk kebanyakan orang cita2, impian dan keinginan sering dikaitkan dengan kebahagiaan. secara tidak langsung, kebahagiaan menjadi matlamat hidup. namun persoalannya, apakah yg akan berlaku setelah bahagia dicapai?

what do u think???

firman Allah SWT dlm surah Ar-Ra'd ayat 29 yg bermaksd, "org2 yg beriman dan beramal soleh , beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik2nya"

wallahua'lam   

Aug 17, 2010

RIP..

hmm..sedar x sedar dah sebulan setengah aku keje kt hsptl mount miriam. sebenarnya hsptl ni dibuka oleh sister2 yang beragama kristian. missionary hospital la..tp alhamdulillah..stakat ni aku masih lg ok keje di sini. patient melayu pun ramai jgk..

2 hari lps ada sorang patient yg slalu buat treatment kt bilik ku meninggal. patient cina..mula2 tu ktrg pelik sbb uncle tu slalu datang pkul 3 ptg.tp dah smpai pkul 4.30 ptg, patient x sampai2 pun..so rt aid (kak mani)pun pegi la call patient..dan ktrg diberitahu uncle tu dah meninggal sebab sesak nafas..

lepas call k mani cakap patient RIP..aku dok mikir,mcm pernah dengar la perkataan tu..kt mana ek?pikir pnya pikir br teringat, hareen (partner keje@senior) pernah ajar cmne nak completekan chart patient yang RIP..tp RIP tu apa ek?

dengan selambanya aku pun tnya kat k mani (sebab hareen mc aritu..huhu) 'akak, RIP tu apa ek?' k mani gtau 'rest in peace'..erk?dah sbulan setgh keje br aku tau RIP tu apa..huhu

lps tu aku bermuhasabah sebentar..adakah esk2 aku mampu RIP jgk kt sn?dah mencukupi kah bekalan aku?peace kah aku??berita kematian patient tdi sedikit sebanyak mengingatkan aku pada ajal aku sndri yg aku sndri x tau bila..yg pasti,ianya akan datang menjemput x kira smada bekalan kita sudah mencukupi atau tidak..kita sihat maupun sedang sakit..masa sekrg ataupun tua kelak..wallahu'alam..

Aug 15, 2010

9 OGOS 2010

alhamdulillah..hari yang ditunggu2 oleh kebanyakan graduan (aku x kot..huhu) akhirnya tiba juga. majlis konvokesyen..

hmm..jujurnya, aku malas nk g..tp bila memikirkan perasaan mak ngan abah yang pasti bangga bila melihat anaknya naik ats pentas..pakai jubah konvo plak tu..aku pun pegi la jgk..hmm..untuk kebahagiaan mak ngan abah..

tp yang seronoknya bila bercakap tntg pesta konvo satu ja kot..ble jumpa smula akak2,adk2 serta shbt2 ms blajar dl..huhu..rindu wei..lama x jmpa.

paling terharu bila along yg klate..angah yg tgh keje..k na serta adk2 yg masih blajar sanggup dtg utk meraikan ktrg..xlupa jgk kpd sahabat kesayangan,husna..tetap datang walaupun kesihatan tidak begitu mengizinkan..jazakallahu khairan kathira kalian.

tambah terharu bila diorg x dtg dgn tgn kosong..angah ngan k nisah bg bunga..k na bg bunga ngan itik..huhu..

 hehe..comel puppet itik ni..siap ada bunyi lg..

walaupun aku x suka bergambar,tp sempat la amik satu untuk kenangan bersama mak ngan abah..tp aku dah gabungkan gmbr family aku ngan along ms konvo along dl..hehe..this is my family..

huhu..sowi k na..sbb nk letak jgk gmbr k na pakai jubah konvo..tp xde gmbr yg dgn ma..nk edit x pandai..kena mntk tlg k na edit la lps ni..huhu

Jul 31, 2010

manfaatkan peluang keemasan

alhamdulillah...sedar x sedar,genap sebulan aku menggalas tugas sebagai therapy radiographer di mount miriam cancer hospital..meta ja sero..huhu

tp,dalam menunaikan amanah sehari2 membuatkan aku terfikir..aku seharusnya bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat kesihatan yang baik..dan seharusnya,aku menggunakan nikmat yang dikurniakan ini dengan sebaik2nya.

Rasulullah SAW bersabda 'Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah SWT kepada semua umat manusia. lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik2nya sebelum datang lima perkara yang lain. ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa masa sibuk, serta masa hidup sebelumdatang kematian'.

segalanya bertitik tolak pada ruang masa..tiada lagi alasan, "aku masih muda..esok2 la baru bertaubat.."  kerana tahukah kita bilakah masanya kita akan menghmbuskan nafas yang terakhir??

sakit juga datang tidak mengira usia..tidak bermakna orang tua sahaja yang akan menghidap penyakit..orang muda pula sentiasa berada dalam keadaan sihat..

hari pertama aku menjalankan tugas ,aku agak terkejut..seorang gadis yang baru berusia 26 tahun telah menghidap kanser endometrium..seorang lagi gadis yang berusia 27 tahun menghidapi kanser nasofarink dan telah merebak ke bahagian tulang belakangnya..gadis itu tidak mampu duduk..dia hanya mampu terbaring di atas troli..

seorang gadis yang baru berusia 33 tahun telah menghidap kanser payudara..kanser..penyakit yang menjadi salah satu pembunuh utama pada masa kini..

hati mana yang tidak merasa sayu apabila melihat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan tidak mampu bergerak..tidak boleh makan..tidak mampu memberikan respons..

kadang kala,aku terpaksa berhelah dengan pesakit.."2 minit sahaja lagi pakcik..tahan kejap.."semata2 x nak bagi pak cik tu bergerak.padahal masa rawatan lebih dari tempoh tersebut..tambahan pula dipertengahan rawatan,tiba2 mesin 'breakdown'..makin bertambahlah masa untuk pak cik tadi mendapatkan rawatan.

oleh sebab itu, setiap kali membawa masuk pesakit ke dalam bilik linac,aku akan berfikir sejenak..muhasabah diri sebentar..betapa beruntungnya aku..masih diberikan kesihatan yang baik untuk beramal kepadaNYA..apa lagi yang aku mahukan??apa lagi yang aku tunggu2kan?

kepada sahabat2 sekalian, marilah kita menggunakan kesempatan yang diberikan untuk melakukan amal sebagai bekalan untuk hari kemudian. sesungguhnya, kehidupan kita bukan setakat di dunia ini semata2..ataupun tamat sebaik sahaja kita menghembuskan nafas yang terakhir..sebaliknya, akan bermula satu lagi kehidupan yang dipanggil kehidupan di alam barzakh..segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akan menentukan ke mana hala tuju kita untuk kehidupan yang seterusnya di alam akhirat nanti..ke syurgakah??atau sebaliknya..
wallahu'alam..

Jul 29, 2010

Julai 2010...genap 4 thn aku mengenali 'mereka'..insan2 yg tidak kuduga kehadiran mereka..namun memberi erti yg cukup mendalam bg diriku..

dari awal perkenalan lagi,aku merasa senang dengan dirinya.sememangnya terdapat jurang perbezaan yang nyata antara kami..dia, matang..tegas..aku?huhu..manja..xpenah serius..mungkin itu yang mendekatkan hati2 kami..ye ke??


pertemuan yang x disangka2 itu akhirnya menjadi semakin erat..bermula dengan dirinya..sehingga seluruh ahli keluarganya..hinggakan aku merasakan 'mereka' menjadi sebahagian daripada hidupku..

buat along,k na, ma, k ct,k nor dan k yah..acik sayang sgt kalian..bg acik, kalian semua umpama keluarga acik sndri..lelah kalian,lelah acik jua..bhgia kalian,insyaALLAH bhgiaku pasti..


semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal utuh bukan shj di dunia..malahan di akhirat kelak.amiin ya rabbal 'alamin..

Jun 30, 2010

Opick feat Amanda - Maha Melihat (Super HD Video Clip)

madah para kekasih Allah

Hai Tuhanku..
berilah aku peluang untuk bertaubat sehingga aku dapat melakukannya.
berilah aku kemaafan, aku telah berbalut dan bergelumang dosa.
Matikanlah aku dalam agama Nabi Muhammad SAW.
Hidupkanlah hatiku pada hari hidupnya segala hati (kekasih-Mu).
Wahai Tuhan Yang Maha Penyembuh penyakit, ubatilah hatiku.
Wahai Tuhanku, aku tetap melakukan muhasabah terhadap (perintah)-Mu.
Dah sembuhkanlah hatiku daripada apa yang telah membalut atau menyelubunginya.
Sungguh penyakitku telah membingungkan para pakar perubatan.
Wahai Tuhan Yang Maha Penyembuh para hamba-Nya, berilah aku peluang untuk dekat kepada-Mu.
Mustahillah berlaku bahawa aku menggantungkan harapan kepada-Mu lalu aku menemui kehampaan.
Maafkanlah kesilapanku, belas kasihanlah terhadapku agar aku
hampir dengan-Mu.
Sesungguhnya penyakitku hanya sembuh dan pulih dengan menghampiri-Mu.
Celakalah malam yang aku padanya berbuat maksiat terhadap-Mu.
Malam tersebut telah mengganggu keselesaan dan tidur yang nyenyak,
dosa pada malam itu telah menjadi nasib malangku.
Tidak ada alasanku lagi, aku sungguh telah berbuat maksiat terhadap-Mu disebabkan kejahilan.
Betapa aku tidak menaruh rasa malu, sedang Engkaulah satu-
satunya yang sentiasa mengamat-amatiku...


sabda Rasulullah SAW:

"Tidak ada sesuatu yang lebih disukai Allah SWT daripada dua titisan air; iaitu air mata kesan daripada rasa takut kepada Allah; dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah (semasa berjuang menegakkan kebenaran)."
                                                                                                                     Sunan at-Tirmizi: 1592 

wallahu'alam..

Jun 28, 2010

Kesan dosa dalam hidup..

Salamun'alaik..

maaf,sbb lama x update blog..huhu..mcm2 perkara berlaku akhir2 ni.pasti ada hikmah yang tersembunyi..namun,berbalik semula kpd diri kita, bagaimana penerimaan kita terhadap semua dugaan tersebut..

hmm...tetiba teringin nak berkongsi berkaitan kesan dosa dalam hidup. sebelum cuti aritu, sempat g bli buku ni kt pustaka mukmin, karya Ibnu Qayyim. kandungan dalam buku ni terbahagi kepada 5 bahagian merangkumi hati yang peka dan sensitif, pelbagai kesan dosa terhadap kehidupan hamba, faktor utama kebersihan hati, mengenang dan menyingkap kemurnian hati tokoh wanita salaf serta istighfar amalan para ulama.

untuk kali ini, saya ingin berkongsi kesan dosa terhadap kehidupan hamba yang dapat dilihat pada diri umat di zaman ini iaitu hilangnya sifat malu. kehilangan rasa malu menyebabkan hilangnya segala kebaikan hamba secara keseluruhannya. ini berikutan malu adalan sumber kehidupan hati pokok pangkal segala kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ' Sesungguhnya di antara yang dijumpai atau didapati manusia daripada perkataan para nabi yang terdahulu ialah : Apabila engkau tidak menaruh rasa malu (terhadap sesuatu perlakuan atau tindakan) perbuatlah apa yang engkau kehendaki.'
                                                                                                                             Sahih Bukhari : 3224

hadis ini mengandungi 2 pengertian. yg pertamanya ialah ianya bertujuan memberikan ancaman dan menakut2kan hamba. maksudnya, orang yang tidak mempunyai sifat malu akan berani melakukan pelbagai perbuatan keji berikutan faktor yang menyekat perbuatan itu telah hilang. pengertian ini merupakan pendapat Abu 'Ubaidah.

menurut pendapat ini, hadis di atas bermaksud memberi ancaman, sama seperti firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 40 yang bermaksud: '(Katakanlah kepada orang2 yg menyeleweng itu):'buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya).' 

pengertian yang kedua pula ialah sekiranya seseorang itu memang tidak merasa malu kepada Allah apabila melakukannnya,dia boleh melakukannya. perbuatan yang sepatutnya ditinggalkan ialah perbuatan yang kita merasa malu untuk lakukan di hadapan Allah. demikianlah tafsiran Imam Ahmad menurut riwayat ibnu Hani.

setujukah kalian jika saya katakan bahawa masyarakat pada hari ini semakin menipis ataupun telah hilang sifat malu mereka, berikutan masalah sosial yang melanda semakin menjadi2. malahan lebih teruk jika ingin dibandingkan dengan masyarakat di zaman jahiliyah dulu. renungkan sejenak..firaun mengarahkan supaya dibunuh bayi lelaki sahaja pada zaman pemerintahannya kerana takut bayi tersebut akan menghancurkan kerajaannya. masyarakat arab jahiliyah pula menguburkan bayi perempuan mereka hidup2 namun, masyarakat hari ini tidak mengenal jantina. malahan lebih dahsyat hinggakan sanggup menggugurkan kandungan, membakar, serta membuang di lubang tandas!   

wallahu'alam..

Mar 28, 2010

oh dunia..

bismillah..

kali ni,aku ingin berkongsi satu hadis Rasulullah SAW yg telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud.. 

suatu ketika, Abdullah bin Mas'ud melihat Rasulullah SAW sedang berbaring. apabila baginda bangun drpd tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur2 tikar di belakang baginda Rasulullah SAW. ini disbbkan tikar alas baginda diperbuat dr daun kurma yg kasar,maka kesan tikar itu amat ketara. timbul rs belas kasihan di hati Abdullah bin Mas'ud.

lalu beliau berkata,"Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yg lembut utkmu,nescaya akan berusaha mendapatkannya."

namun,Rasulullah SAW bersabda yg bermksd;

"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorg yg berjln di tgh panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yg rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

hadis di ats memberi peringatan kpd kita semua bahawa kesempatan yang diberikan untuk hidup di dunia ini bukanlah utk kekal buat selama2nya. sebaliknya,ianya merupakan satu persinggahan bg melakukan persiapan untuk menghadapi kehidupan akhirat yg abadi kelak.

ad dun ya darul amal..dunia merupakan tempat segala amal, dan setiap amalan menurut apa yg tlh digariskan oleh para rasul. 

visi akhirat bg mnsia bukan sekadar menghubngkan diri dgn Allah melalui ibadat2 khusus, tetapi juga mesti melakukan perhubungan sesama mnsia, sama ada dlm urusan muamalat, kemasyarakatan dan lain2.

cth yg diberikan oleh Rasulullah SAW tentang kehidupan di dunia ini amat mudah utk difahami. meskipun baginda menyebut ibarat singgah sejenak berteduh  di bawah pohon yg rendang, ttpi kadang kala mnsia mnjdi asyik dan terlena...apatah lg jka pohon tempat berteduh itu sdg berbah lebat dan ranum..berehat sambl mkn buah2an serta hembusan bayu yg nyaman,sudah pasti mengasyikkan.

begitulah hakikatnya dunia yg disebut sbgai gelanggang utk melakukan amal dan sgla gerak kerja,mnkala akhirat pula sbgai negara menerima balasan. jika dunia yg singkat waktunya ini terlalai dgn kenikmatan yg sementara,dibimbangi bhwa penyesalan akn menunggu di akhirat...

wallahu'alam..

Mar 26, 2010

hospital dalam taman

bismillahirrahmanirrahim..

hmm..dah lama x update blog..xpe la..kali ni aku nak kongsi pengalaman kt negeri org..heheh..baru2 ni dapat g wat praktikal kt hospital dalam taman @ HUSM Kubang Kerian,Kelantan selama 2 minggu.

nape panggil hospital dlm taman ye??sebabnya memang bnyk pon taman kt dlm HUSM ni..xsempat nak kira la pulak brp jumlah semuanya..tp cantik la..

ada beberapa perkara yg berlaku yg membuatkan aku kagum dgn HUSM berbanding hospital2 lain kt sekitar Lembah Klang..ye la..slalu klinikal kt KL je..x sangka plak ada rezeki nak dtg HUSM..syukur alhamdulillah..

hari pertama ms lapor diri kat jabatan radioterapi hati rasa berdebar2..biasa la,1st day kan?gugup sket..sblm kol 8 pg lagi aku ngan partner (ktrg berdua je) dah sampai kt ctu..semangat la nih,nak lapor diri kt supervisor.En Rozaimey namanya..skali ada sorg radiografer ni ckp "nape awak dtg awal sgt?br pkul 8 pg..awak g mkn2 dl..dlm pkul 8.30 awak dtg smula".

tercengang sebentar ktrg berdua..huhu..awal ke??igtkan dah lewat..tp jantung still berdegup kencang..ye la..xtau lg En Rozaimey tu mcm mn orgnya..tegas ke..garang ke..so,ktrg pun tunggu je la kt situ..nak g mkn,xde selera..


bila jam menunjukkan pkul 8.30 pg,ktrg pon siap2 la sarung labcoat..sebab nmpk patient pun ada yg dah sampai..tp mslhnya,ktrg lom kenal yg mn satu En Rozamey nih?bila tnya kt radiografer lain,diorg ckp dia blum smpai..xpe la..ktrg pon perkenalkan diri sendiri kt sume staff kt ctu..pastu,trus wat keje mcm biasa la..


tggu pnya tggu..smpe tgh/ari..skali br ktrg tau En Rozaimey cuti 2 hari..mksdnya hari selasa nnti br ble jmpa dia..huhu..penat je rs berdebar sepnjg pg tu..

tp rs kagum sgt dgn staff kt ctu..semuanya baik2..layan ktrg baik sgt..x mcm kt tempat2 lain..yg paling pelik,ktrg asyik kena suruh g rehat..sikit2 "xpe la dik..awak g rehat dl..".kalau kt tempat lain,xde mknanya staff nak bg student rehat..


lagi yg membuatkan aku rasa kagum sgt ngan staff2 rt husm ni,diorg xpenah pun curi tulang.sbenarnya x bnyk sgt pon kes kt situ..slalunya diorg akak mula treat pt pkul 8.30 pg. pastu dlm pkul 11.30 atau 12.00 slalunya dah abis treat pt untuk sesi pg..tp diorg x penah pon dtg lewat atau keluar rehat awal..dtg kol 8 pg mcm biasa..pastu kol 1 tgh/ari br keluar g rehat.w/pun kes dah abis..ptg pon mcm tu..slalu dlm pkul 3.30 ptg dah abis treat pt..tp diorg still akan blk kol 5 ptg..xde pun yg nak keluar g minum ke..blk awal ke..mmg berdisiplin sgt..


itu pasal staff..kalau pasal pengurusan hospital pon bgus sgt..pg2 pkul 8,akan ada bacaan doa sebelum mula keje..dlm doa,kita minta supaya semua pesakit HUSM dpt sembuh dgn cepat..mohon agar Allah permudahkan kerja kita utk hari tersebut..smoga segala usaha kita diberkati Allah..


pastu bila dah masuk waktu solat fardu zuhur,diorg akan announce lg skali,bgtau dah masuk waktu.pastu diorg ajak supaya semua pengunjung hospital utk menunaikan solat..jujurnya,aku x penah lg dengar announcement mcm ni kt hospital2 lain yg penah aku pegi..kagum sgt..


dalam pkul 2 ptg,waktu utk melawat pun habis. skali lg diorg akan wat pengumuman,bgtau waktu melawat dah tamat.suka sgt dgr kata2 dia.lbh kurang mcm ni la "perhatian kpd semua pelawat,waktu melawat sudah tamat. terima kasih krn sudi menziarah pesakit2 kami. saudara/ri diminta utk pulang bg membolehkan para pesakit mendapatkan rehat yg secukupnya dan menerima rawatan.sila dtg lg pd waktu melawat yg lain". sgt sopan...xpenah jgk dgr kt hospital2 lain...

hmm..2 mggu kt HUSM mmg memberi pengalaman yg sgt bermakna buat ktrg berdua..layanan yg ktrg terima sgt2 la baik..xpenah lg dpt layanan sebaik tu sepnjg 3 semester menjalani klinikal di hospital2 lain..terharu sgt2..semoga Allah memberkati sgl usaha mereka,dan mereka akan terus istiqamah dlm apa jua amalan kebaikan yg mrk lakukan.mgkn kita jga boleh praktikkan apa yg mrk lakukan utk masa akan dtg..bila dah keje nnti..InsyaALLAH..

Mar 6, 2010

Sikit-sikit lama2 jadi bukit..

bismillahirrahmanirrahim...

dalam usrah minggu lepas,ktrg membincangkan tentang sifat bermudah2 dan longgar yang merupakan salah satu penyebab berlakunya keciciran dalam jalan dakwah. di akhir usrah tersebut, semua orang diminta melakukan sedikit homework bagi usrah yang seterusnya iaitu untuk mencari contoh2 dosa kecil dalam Islam.

seorang penyair arab ada berkata, " janganlah kamu memandang enteng perkara kecil. sesungguhnya gunung itu terbina daripada batu2 halus". kata2 ini sangat menarik minat saya,betapa kita tidak boleh memandang sesuatu benda yang kecil.kadangkala,tanpa kita sedari kita terlalu menjaga diri kita dari melakukan dosa2 besar,namun dalam masa yang sama kita mengabaikan dosa2 kecil.
Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh akan dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang maksudnya, "hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil,kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang,maka pasti akan merosakkannya(menjadi dosa besar)"    (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

di antara contoh2 dosa kecil yang kadangkala dipandang enteng oleh kita yang ingin saya kongsikan ialah

1. hal mengisi perut.
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW,“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mahu, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.”                                                            (HR. Ahad, Ibnu Majah)

berdasarkan hadis di atas,dapatlah kita fahami bahawa Islam mengajak penganutnya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.mungkin perkara ini nampak mudah, namum impaknya sangat besar sekiranya diabaikan. tak percaya???
saya akan cuba buktikan. apabila kita makan terlampau kenyang, ia akan menyukarkan pergerakan tubuh..menyebabkan malas untuk menunaikan solat..apatah lagi solat sunat dan solat malam.

kekenyangan yang amat akan membuatkan kita lupa kepada golongan fakir.bagaimana mungkin orang yang kenyang akan ingat kepada lapar?? 


2. menonton tv
hukum menonton tv adalah sunat apabila yang ditonton adalah ceramah ataupun ilmu yang bermanfaat.namun,ianya menjadi haram apabila perkara yang ditonton mempertontonkan aurat,mistik dan sebagainya.


3. mendengar muzik
hukum mendengar muzik juga sunat bagi nasyid2 yang menambahkan keimanan kita kepada Allah,bukannya lagu2 cinta murahan yang membangkitkan syahwat.adakah dengan mendengar lagu2 barat mendekatkan diri kepada Allah??fikir2kanlah..

4.pandangan mata
teringat akan petikan lagu Rohana Jalil.."jangan main mata..nanti kau tergoda..".pepatah melayu juga ada menyebut dari mata turun ke hati..kedua2nya adalah benar.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pandangan mata adalah salah satu panah dari panah-panah iblis.Barangsiapa menjauhinya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya perasaan manisnya iman." 
 
perkara ini juga nampak mudah,namun berapa ramai para pejuang yang ggur di jalan
dakwah hanya kerana cinta nafsu.Cinta yang diawali dari pandangan mata ini.. Jadi,berhati-hatilah dengan pandangan mata... Ingat,mencegah lebih baik daripada mengubati. apabila sudah terkena sindrom cinta,akan sangat sulit mengatasinya kecuali dengan pertolongan dari Allah.


wallahu'alam..





 

Feb 26, 2010

Dirimu jadi ikutan...

Salamun'alaik...

Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran ku panjatkan pdMu ya Allah kerana masih memberikan ku kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifahNya di muka bumi ini..selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW..

hari ini,26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 H merupakan hari keputeraan baginda Rasul SAW.syukur alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini.

sesungguhnya,Allah mengutuskan para nabi untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya. para nabi juga diutuskan untuk mengajar kita bagaimana hendak menyelamatkan diri di akhirat kelak. 

tiba2, terbit beberapa persoalan dalam fikiranku..apakah selama ini,sambutan Maulidur Rasul yang kita lakukan selama ini merupakan satu ibadat ataupun adat semata2? apakah sambutan ini hanya sekadar untuk memperingati tarikh lahir baginda semata2?adakah semangat cintakan Rasul hanya hadir pada bulan ini sahaja?tepuk dada,tnyalah iman saudara/ri..


sebenarnya, sambutan MaulidurRasul ini tidak boleh terhenti setakat perayaan dan mengadakan majlis2 keramaian sahaja. apa yang lebih penting untuk kita lakukan ialah dengan mengikuti dan menegakkan sunnah Baginda SAW.

saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada satu ceramah yang telah disampaikan oleh Prof Izhar Ariff.beliau ada menyebut beberapa cara untuk menerapkan diri kita dalam mengamalkan sunnah2 Rasulullah SAW.

yang pertama ialah kita perlu menitikberatkan tanggungjawab,iaitu dengan mendahulukan hak2 Allah,Nabi dan diikuti dengan hak kepada manusia. mendahulukan hak2 Allah bermaksud,kita perlu melakukan segala perintahnya serta meninggalkan larangannya.di samping itu, kita sekali2 tidak boleh berburuk sangka terhadap Allah.

melaksanakan tanggungjawab  kepada nabi ialah kita perlu mengkaji serta memahami sejarah serta hadis2 baginda.dalam khutbah baginda yang terakhir,baginda ada menyebut "Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya,nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku".

seterusnya,menunaikan tanggungjawab terhadap manusia ialah dengan berbuat baik sesama manusia.

kaedah yang kedua dalam usaha menerapkan diri untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ialah dengan mementingkan ilmu pengetahuan serta beramal dengannya. kepentingan ilmu dapat dilihat sewaktu baginda berhijrah ke Madinah bersama2 dengan kaum Muhajirin yang lain.perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah mendirikan masjid Quba' sebaik sahaja tiba di Madinah. ini kerana,dengan terbinanya masjid, ia akan menjadi sebuah institusi yang mana akan merapatkan hubungan sesama manusia yang seterusnya menjadi tempat perkongsian ilmu,pusat ekonomi dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya mengenai empat perkara iaitu mengenai umur dihabiskan, bagaimana melalui usia muda, daripada mana harta diperoleh dan bagaimana dia membelanjakannya serta apakah dia sudah beramal dengan ilmunya itu.”

seterusnya yang ketiga ialah sentiasa membersihkan hati. kita perlu membersihkan hati setiap hari antaranya dengan beristighfar. apabila hati menjadi bersih,fikiran turut menjadi jernih dan sekaligus merasa ringan untuk melakukan amal kebaikan.

kaedah yang ke empat ialah jangan mengikuti golongan bukan Islam khususnya golongan Barat. orang2 barat telah melakukan pelbagai perkara dalam usaha untuk menjauhkan kita dari ajaran Islam yang sebenar samada secara terang2an mahupun tersembunyi.

yang terakhir ialah dengan memastikan setiap ahli keluarga kita mengikuti setiap ajaran dan suruhan Allah dan Nabi Muhammad SAW dan meninggalkan larangannya.

oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita bersama2 menghayati dan mengamalkan peninggalan Nabi Muhammad SAW.semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah dan beroleh cinta Allah dan RasulNya...insyaALLAH...

wallahua'lam.. 

Feb 24, 2010

Dugaan...

Salam...

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 155 yg bermaksud "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yang sabar"

benar...dalam mengharungi kehidupan sehari2,kita tidak lepas daripada ujian. ujian boleh datang dalam dua bentuk iaitu kesenangan mahupun kesusahan. kadangkala,manusia keliru..mereka menganggap ujian hanyalah ketika dihimpit kesusahan ataupun dilanda pelbagai masalah. tanpa kita sedari ujian yang lebih hebat adalah apabila diuji dengan kesenangan.

sebenarnya, hakikat ujian adalah untuk menduga tahap keimanan kita..sebagai seorang mukmin, kita seharusnya meningkatkan pergantungan kita kepada Allah sewaktu ditimpa dengan ujian..

bercakap mengenai ujian...baru2 ini, aku baru saja diuji..mungkin selama ini,terlalu banyak ujian dalam bentuk kesenangan yang Allah timpakan ke atas diri ini..nak kereta,mak belikan..xde duit, ayah masukkan..ya ALLAH..alangkah bertuahnya diri ini..

tiba2,Allah menduga aku dengan harta yang aku paling sayang..kereta aku..masa mengangkut makanan ke tempat program,kuah kari ayam tertumpah kt dalam kereta..banyak plak tu..satu kereta bau aroma kari ayam..siap ada seketul daging ayam tercampak kt tempat handbreak..

masa diberitahu pasal kejadian tu berdebar jugak hati.entah macam mana la kereta aku..teruk sangat ke?berdebar2 dlm hai..x boleh nak bayangkan..sekali masa kereta dah sampai...Astaghfirullahal'azim..tu je yg aku boleh ckp..


mula2 memang rasa nak marah..tapi bila tengok muka adik yang pegang bekas isi kari ayam tu,rasa kesian plak.habis baju ngan tudung dia bermandikan kari ayam..lencun!


pastu,aku cuba la tenang2kan diri..nak marah2 pun dah xguna kot.benda dah jadi..yg tumpah,memang dah tumpah..


bila difikirkan balik,mungkin ni lah ujan Allah untuk aku kali ni..dulu ada sahabat yg cakap suka naik kete aku,sebab bau wangi..sekarang pun wangi gak..hehe..xpe2..insyaALLAH..ble hilang kot bau kari tu nnti..


selang dua hari lepas kejadian tu,mak telefon..tetiba,mak suruh tukar kete ngan abang..maksudnya,mak suruh aku guna honda city abang...pastu abang pakai suria hitam aku..huhu..inikah hikmahnya??tapi aku xnak la...x sesuai pun kereta tu ngan aku..besar sgt..


pengajaran yang aku dapat dalam kejadian ni adalah,kita perlu bersangka baik dengan Allah..sebabnya,kita x tau hikmah di sebalik ujian yang Allah timpakan pada kita..sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui..


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah),Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu),sedang kamu tidak mengetahuinya..         (Surah Al-Baqarah:216) 



semoga ujian yang kita hadapi selama ini boleh menjadi penghapus dosa yang telah kita lakukan,walaupun hakikatnya bukan mudah untuk melalui semua ujian...
wallahu'alam
 

Feb 17, 2010

Penyakit hati...

  Salamun'alaik...


hati..apa pandangan anda mengenai hati? saya teringat suatu pesan baginda Rasulullah SAW mengenai hati yang bermaksud: "Ketahuilah, dalam setiap tubuh terdapat seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan, jika rosak hati itu maka rosaklah juga seluruh badan. maka ketahuilah bahawa itu adalah hati".

ada juga sepatah syair Arab yang menyebut "Hati adalah menteri yang menasihati"(al-qalbu wazeerun naaseh) atau dalam erti kata yang lain pada zahirnya kita melihat tubuh badan yang menggerakkan sesuatu,namun pemerintah yang sebenarnya dalam diri kita adalah hati.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada menyebut mengenai tanda2 penyakit hati. Dia menyebut sebuah doa yang isinya meminta agar kita diselamatkan dari pelbagai jenis penyakit hati.

"Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak kenyang,mata yang tidak menangis,dan doa yang tidak diangkat".

Doa yang berasal dari hadis Nabi ini menunjukkan tanda2 org yang mempunyai penyakit hati iaitu: 

  1. Orang yang memiliki ilmu,tetapi tidak memanfaatkannya.
  2. Orang yang tiada khusyuk dalam hatinya.
  3. Orang memiliki nafsu yang tidak pernah habis.
  4. Orang yang doanya tidak diangkat dan didengari Allah.
 Dalam kitab yang sama,Imam Al-Ghazali menyebutkan bagaimana caranya untuk kita mengubati penyakit2 hati iaitu:


  1. Mencari guru yang mengetahui penyakit hati kita.
  2. Mendapatkan sahabat yang jujur.
  3. Mempertimbangkan kata2 musuh terhadap diri kita.
  4. Melihat perlakuan buruk pada orang lain dan merasakan perlakuan tersebut ada pada diri kita.


seorang penyair dan tokoh sufi terbesar di Persia iaitu Jalaluddin Rumi ada menceritakan sebuah kisah:

Alkisah, di sebuah kota ada seorang pemuda yang menanam pohon berduri di
tengah jalan. Warga kota sudah memperingatkannya agar memotong pohon berduri
itu. Setiap kali diingatkan, orang itu selalu mengatakan bahwa ia akan
memotongnya besok. Namun sampai orang itu tua, pohon itu belum dipotong
juga. Seiring dengan waktu, pohon berduri itu bertambah besar. Ia menutupi
semua bahagian jalan. Duri itu bukan saja melukai orang yang melalui jalan,
bahka juga melukai pemiliknya. Orang tersebut sudah sangat tua. Dia  menjadi
amat lemah sehingga tidak mampu lagi untuk menebas pohon yang dia tanam
sendiri.
 
Yang dimaksudkan oleh Jalaluddin Rumi dengan pohon berduri itu adalah penyakit hati yang terdapat dalam ruh kita. Bersamaan dengan tambahnya umur, bertambah pula
kekuatannya. Tidak ada lagi waktu yang lebih tepat untuk menebang pohon
berduri di hati kita itu melainkan saat ini. Esok hari, penyakit itu akan
semakin kuat sementara tenaga kita bertambah lemah. Tidak ada daya lagi bagi kita untuk menghancurkannya.
 oleh itu sahabat sekalian,marilah kita bersama2 menjaga hati kita...gunakanlah ilmu yang kita perolehi sehari2 untuk mendekatkan diri kepada Allah.semoga apa yang kita lakukan akan beroleh keberkatan daripada Allah..wallahualam

Feb 14, 2010

Ghazwul fikri..



Rasulullah SAW bersabda :"Sungguh kalian akan mengikuti cara-cara hidup umat sebelum kalian, sedepa demi sedepa, sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal, sampai mereka masuk ke lubang biawak pun, nescaya kalian akan memasukinya bersama mereka." Para sahabat bertanya " Apakah mereka itu dan Nasrani wahai Rasul?" Beliau menjawab " Siapa lagi!"                                                                            
                                                                                                   Hadis riwayat Ibnu Majah dan Bukhari


Ghazwul fikri ataupun dalam bahasa melayu disebut sebagai perang pemikiran.Kali ini,saya ingin mengulas berkaitan perang pemikiran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Penggunaan istilah ini merujuk kepada pemikiran-pemikiran yang datang dari Barat,bersifat menyerang dan memberikan kesan  buruk kepada umat Islam.Pemikiran-pemikiran tersebut dapat meracuni dan bertujuan menjauhkan kaum muslim dari ajaran Islam.

Memetik huraian Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya Ad-Daulah Al-Islamiyyah, yang mana menjelaskan berkaitan halangan-halangan yang bakal dihadapi oleh kaum muslimin sewaktu ingin mendirikan kembali Daulah Islam. Salah satu daripada halangan yang disebutkan dalam buku tersebut adalah terdapatnya pemikiran-pemikiran yang tidak Islami.

Hal ini berikutan,dunia Islam masa kini sedang mengalami kemunduran dan kedangkalan berfikir menyebabkan pemikiran-pemikiran yang tidak Islami tumbuh dengan subur.Oleh itu,muncullah para intelektual yang  mengamalkan pemikiran secara liberal. Mereka dengan bangganya menyerukan Islam Liberal dalam segenap aspek,termasuk pemikiran Islam. Mereka juga seolah2 'alergi' dengan pemikiran Islam seperti Syariat dan Khilafah.

Saya ingin memberikan satu contoh yang mana berkisar tentang seorang guru dan murid-muridnya dalam sebuah kelas.Suatu hari,seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak2 muridnya.Dia duduk menghadap mereka. Di tangan kanannya memegang sebatang pensel manakala di tangan kirinya pula memegang sebatang kapur. Guru itu berkata "Saya ada satu permainan....Caranya begini, di tgn kanan saya ada pensel,di tgn kiri ada kapur. Jika saya angkat pensel ini,maka berteriaklah "Pensel !"  jika saya angkat kapur ini maka katakan "Kapur!"

Murid2nya pun mengerti dan mengikutinya. Guru itu berganti-gantian mengangkat  antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian,guru itu kembali berkata " Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat pensel,katakan "Kapur!" Jika saya angkat kapur, sebutlah "Pensel!" Dan diulang-ulang seperti tadi, tentu saja murid2 tadi keliru dan bingung,dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun,lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dan tidak bingung lagi. Selang beberapa saat,permainan pun berhenti.

Guru tadi tersenyum kepada murid2nya. "Murid2.begitulah kita umat Islam. mulanya yang hak itu hak, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian,musuh2 kita memaksa dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu,dari yang hak kepada batil dan sebaliknya. Pertama2,mungkin akan sukar bagi kita untuk menerima hal tersebut,tapi dengan terus disosialisasikan oleh mereka dengan pelbagai cara yang menarik akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal tersebut. Dan mulai dapat mengikutinya. 

"Keluar berduaan, berpacaran bukanlah sesuatu yang salah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disdari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik...permainan yang kedua" guru itu melanjutkan.

"Cikgu ada satu kitab Al-Qur'an,..cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Kitab Al- Qur'an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet ?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya  Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan di ambilnya Kitab Al- Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.Guru berkata ..."Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.


Dalam buku yang sama Syeikh an-Nabhani  memberikan penyelesaian yang harus menjadi agenda utama kaum Muslimin dalam menghadapi keadaan yang teruk ini.

Pertamanya, membina umat, terutama para intelektualnya, dengan pemikiran Islam yang ideal. Dalam hal ini, harus dijelaskan kepada umat secara sebenarnya bahawa Islam memang mampu menyelesaikan persoalan-persoalan kehidupan mereka secara nyata. Di sinilah pentingnya melakukan pengkajian yang lebih jelas tentang sistem ekonomi Islam, sistem politik Islam, sistem pendidikan Islam, dan yang lainnya. Pemikiran Islam harus disampaikan secara jelas; tidak sekadar membahas akidah sahaja, atau fiqh ibadah sahaja, mahupun akhlak sahaja.Pembahasan Islam juga harus dikaitkan dengan fakta-fakta/persoalan-persoalan nyata sekarang, lalu dijelaskan bagaimana Islam menyelesaikan persoalan tersebut.

Kedua, menjelaskan kepada masyarakat tentang kepalsuan dan keburukan idea-idea selain Islam yang bersumber dari ideologi seperti Kapitalisme dan Sosialisme. Dijelaskan juga kepada mereka bahaya dari idea-idea tersebut dan bagaimana pertentangannya dengan Islam. Di sinilah pentingnya menjelaskan kepalsuan dan kedustaan...
 

Feb 9, 2010

Belum selesai...

Salamun'alaik..

Setelah terpengaruh dengan sahabat2 sekeliling,akhirnya berjaya jugak aku wat blog ni.Walaupun isinya x la seberapa..huhu..tp xpe..smoga niat aku utk menggunakan blog ini sbgai satu medium utk berdakwah dan berkongsi ilmu xkan sia2.smoga apa yg kita lakukan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT..InsyaALLAH...

Hari ni aku terbaca satu artikel yang bertajuk "Belum Selesai". Artikel ni pendek je,tp isinya cukup mendalam.

Maksud "belum selesai" yang dimaksudkan di sini ialah tanggungjawab untuk memperbaiki diri bagi seorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum,iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang..bukan seperti iman para nabi yang sentiasa meningkat mahupun iman para malaikat yang tidak pernah berubah. 

Oleh sebab itu, perjuangan kita dalam memperbaiki diri masih belum selesai sehingga mencapai tahap-tahap tertentu.

Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna, ada 10 perkara yang sepatutnya menjadi fokus utama seorang muslim ketika memperbaiki dirinya. Beliau berkata: "Seorang muslim perlu memperbaiki dirinya sehinggalah:

  1. Kuat tubuh badannya.
  2. Mantap akhlaknya.
  3. Fikiran yang berilmu pengetahuan.
  4. Mampu berdikari.
  5. Bersih aqidahnya.
  6. Sahih ibadahnya.
  7. Mujahadah diri.
  8. Menjaga waktu.
  9. Tersusun urusan hidup.
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
Kesemua perkara di atas adalah kewajipan setiap muslim"

Pesanan di atas merupakan satu saranan yang cukup ringkas,tapi padat dan jelas kehendaknya.

Yang "belum selesai" ialah melaksanakannya.Oleh itu,marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita dengan menjadikan saranan di atas sebagai panduan...

 
 Wallahu'alam..
 

Feb 8, 2010

Buatmu sahabat..



Pertemuan antara kita,
Tidak pernah direncana,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun,
Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan dihati ini,
Malah,
Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...
Perpisahan..
Ternyata amat menyakitkan,
Seringkali mengundang air mata,
Keindahan dan kenikmatan yang kita hadapi bersama,
Bagaikan disentap pergi serta merta,
Walaupun begitu,
Ingatlah sahabatku...
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah,
Oleh itu,
Terimalah dengan penuh keredhaan,

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada pertemuan lagi selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi,
InsyaALLAH...