Photobucket

Feb 20, 2011

SIFAT DAN KEPERIBADIAN UMAR ABDUL AZIZ YG TERPENTING

Bismillahirrahmanirrahim..


tidak diragukan lagi bahawa keperibadian Umar Abdul Aziz adalah keperibadian seseorang yang memiliki jiwa kepimpinan yang menarik dan bersifat rabbani. antara sifat tersebut adalah keimanannya kepada Allah SWT yang begitu kukuh, keimanan kepada hari akhirat, rasa takutnya kepada kepada Allah, berwawasan, memiliki ilmu yang luas, jujur, berani, berwibawa, zuhud, gemar berkorban, tawaduk, selalu menerima nasihat orang lain dan banyak lagi sifat terpuji yang lain.


insyaALLAH,pada hari ini aku ingin berkongsi dua sifat dan keperibadian Umar Abdul Aziz yang terpenting. yang pertamanya ialah sifatnya yang sangat takut kepada ALLAH. keistimewaan dan kelebihan yang ada pada beliau adalah hasil yang lahir daripada keimanannya kepada Allah dan kewujudan hari akhirat serta kerinduannya untuk segera menempah syurga. beliau begitu mendambakan dirinya untuk menjadi penghuni syurga dan sangat mengutamakan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang bersifat sementara.


isteri baginda pernah mengulas mengenai keperibadian Umar, "Demi Allah, Umar bukanlah paling banyak solatnya dan bukanlah orang yang sering melaksanakan puasa. akan tetapi, demi Allah aku tidak pernah melihat orang yang paling takut kepada Allah selain Umar Abdul Aziz. dia sering berzikir kepada Allah meskipun berada di atas tilamnya sehingga tubuhnya bergoncang-goncang seperti burung yang sedang ketakutan."


sifat dan keperibadian beliau yang kedua yang ingin saya kongsikan adalah sifat zuhud. menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman dan panduan dalam meneruskan perjalanan hidupnya, Umar memahami bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan dan ujian bagi manusia. dunia juga merupakan ladang untuk menanam benih amal soleh agar boleh dituai hasilnya pada hari pembalasan kelak.


Malik bin Dinar pernah berkata, "Seluruh manusia berkata bahawa saya memiliki keperibadian yang begitu zuhud. akan tetapi Malik berkata mereka bahawa orang yang bersifat zuhud hanya Umar Abdul Aziz. ini kerana di depannya terpampang jelas kenikmatan duniawi yang dengan mudah dapat diraih olehnya, akan tetapi Umar memilih untuk meninggalkan semua itu demi kebahagiaan akhirat kelak. Ibnu Abdul Hakam berkata, "ketika Umar mengambil alih pemerintahan sebagai khalifah, maka beliau menghiasi dirinya dengan sifat zuhud dalam menyingkap kehidupan duniawi dan menolak segala bentuk kelazatan makanan. jika makanan itu dihidangkan kepadanya, maka baginda akan menutupnya sehingga selera makannya benar-benar datang."


semoga sifat dan keperibadian yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz dapat kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. insyaALLAH...


wallahu'alam..      

Feb 19, 2011

8 GOLONGAN PENGHINA NABI

salamun'alaik...


bismillahirrahmanirrahim..


segala puja dan puji hanya bagi Allah. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat seluruhnya.


huhu..setelah agak sekian menyepi,alhamdulillah akhirnya aku diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak informasi dengan sahabat2 yg dikasihi.insyaALLAH, semoga dengan keizinanNYA kita akan sentiasa istiqamah dlm setiap amal kebajikan yang kita lakukan.


tanggal 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 H seluruh umat Islam menyambut hari keputeraan baginda nabi Muhammad SAW, peghulu segala nabi. seluruh umat Islam berselawat pada hari itu bagi memperingati hari keputeraan baginda yang amat kita kasihi.


namun hakikatnya pada zaman moden ini ada pelbagai pihak dan individu yang Nabi Muhammad SAW.antaranya seorang pelukis kartun Denmark dan tidak lama dulu penulis seperti Salman Rushdie dan Taslima Nasreen. dalam sejarah terdapat 8 golongan yang menghina nabi.


golongan yang pertama adalah golongan kafir. mereka menolak Islam serta menghina Nabi dengan mengatakan Nabi itu salah dan sesat. pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan kepada baginda SAW sehingga pada satu tahap turun perintah daripada ALLAH SWT  supaya golongan ini diperangi.


golongan kedua yang menghina Nabi ialah golongan munafik. mereka ini adalah orang yang berpura-pura Islam dan menyembunyikan kekufuran, seolah-olah Islam tetapi ada perkara yang idak mereka yakini. golongan ini juga sampai satu tahap diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk diperangi.


golongan ahli kitab pula ialah golongan yang percaya kepada ALLAH tetapi tidak percaya kepada kenabian Nabi Muhammad SAW. Nabi meyuruh supaya golongan ini diraikan selagi mana mereka tidak merubah hukum ALLAH,tetapi wajib diperangi jika mereka merubahnya. 


seterusnya ialah golongan berkepentingan seperti Abu Jahal dan pengikut2nya. pernah dalam hati mereka megakui keimanan Nabi,namun mereka merasa akan kehilangan kuasa jika mereka mengakui kebenaran Islam. akhirnya mereka memerangi Nabi Muhammad SAW kerana kepentingannya. golongan in, jika mereka menyerang Islam, maka kita perlu mempertahankan agama kita sebagaimana mereka menyerang kita.


golongan hasad dengki iaitu di kalangan orang yahudi merasakan mereka lebih mulia daripada bangsa Arab merupakan golongan yang kelima peghina Nabi. kita perlu memerangi mereka sekiranya kita diperangi.


yang keenam ialah golongan  jahil iaitu yang membenci tanpa ilmu. mereka merasakan diri mereka betul ketika menentang serta menghina Nabi, namun baginda mendoakan mereka seperti mana golongan di Taif.


golongan bongkak ialah mereka yang menolak Islam kerana sombong. mereka menganggap mereka cukup cerdik dan agama ini hanyalah rekaan semata2. ada di antara mereka yang Nabi ajak untuk berdebat dan ada juga yang Nabi dakwah dengan akhlak baginda. golongan ini banyak yang akhirnya memeluk Islam.


golongan yang terakhir adalah golongan yang kecewa, yang menghina Nabi kerana kecewa. sebagai contoh semua anggota keluarganya memeluk agama Islam, manakala dia kecewa kerana keseorangan. dia banyak bersangka2 yang tidak benar mengenai Nabi SAW.namun, apabila berhadapan dengan baginda,hatinya tertarik dengan akhlak baginda. golongan seperti ini berlaku pada pembukaan kota Mekah.


jika kita lihat, orang yang menghina Nabi akhir zaman ini juga boleh kita golongkan kepada 8 golongan ini. cuma, setelah kita kategorikan kita akan lihat mana yang masih ada peluang untuk kita dakwah atau mana yang peluangnya telah habis lantaran mereka tidak dapat ditarik kembali kepada iman.


wallahua'lam...