Jun 30, 2010

Opick feat Amanda - Maha Melihat (Super HD Video Clip)

madah para kekasih Allah

Hai Tuhanku..
berilah aku peluang untuk bertaubat sehingga aku dapat melakukannya.
berilah aku kemaafan, aku telah berbalut dan bergelumang dosa.
Matikanlah aku dalam agama Nabi Muhammad SAW.
Hidupkanlah hatiku pada hari hidupnya segala hati (kekasih-Mu).
Wahai Tuhan Yang Maha Penyembuh penyakit, ubatilah hatiku.
Wahai Tuhanku, aku tetap melakukan muhasabah terhadap (perintah)-Mu.
Dah sembuhkanlah hatiku daripada apa yang telah membalut atau menyelubunginya.
Sungguh penyakitku telah membingungkan para pakar perubatan.
Wahai Tuhan Yang Maha Penyembuh para hamba-Nya, berilah aku peluang untuk dekat kepada-Mu.
Mustahillah berlaku bahawa aku menggantungkan harapan kepada-Mu lalu aku menemui kehampaan.
Maafkanlah kesilapanku, belas kasihanlah terhadapku agar aku
hampir dengan-Mu.
Sesungguhnya penyakitku hanya sembuh dan pulih dengan menghampiri-Mu.
Celakalah malam yang aku padanya berbuat maksiat terhadap-Mu.
Malam tersebut telah mengganggu keselesaan dan tidur yang nyenyak,
dosa pada malam itu telah menjadi nasib malangku.
Tidak ada alasanku lagi, aku sungguh telah berbuat maksiat terhadap-Mu disebabkan kejahilan.
Betapa aku tidak menaruh rasa malu, sedang Engkaulah satu-
satunya yang sentiasa mengamat-amatiku...


sabda Rasulullah SAW:

"Tidak ada sesuatu yang lebih disukai Allah SWT daripada dua titisan air; iaitu air mata kesan daripada rasa takut kepada Allah; dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah (semasa berjuang menegakkan kebenaran)."
                                                                                                                     Sunan at-Tirmizi: 1592 

wallahu'alam..

Jun 28, 2010

Kesan dosa dalam hidup..

Salamun'alaik..

maaf,sbb lama x update blog..huhu..mcm2 perkara berlaku akhir2 ni.pasti ada hikmah yang tersembunyi..namun,berbalik semula kpd diri kita, bagaimana penerimaan kita terhadap semua dugaan tersebut..

hmm...tetiba teringin nak berkongsi berkaitan kesan dosa dalam hidup. sebelum cuti aritu, sempat g bli buku ni kt pustaka mukmin, karya Ibnu Qayyim. kandungan dalam buku ni terbahagi kepada 5 bahagian merangkumi hati yang peka dan sensitif, pelbagai kesan dosa terhadap kehidupan hamba, faktor utama kebersihan hati, mengenang dan menyingkap kemurnian hati tokoh wanita salaf serta istighfar amalan para ulama.

untuk kali ini, saya ingin berkongsi kesan dosa terhadap kehidupan hamba yang dapat dilihat pada diri umat di zaman ini iaitu hilangnya sifat malu. kehilangan rasa malu menyebabkan hilangnya segala kebaikan hamba secara keseluruhannya. ini berikutan malu adalan sumber kehidupan hati pokok pangkal segala kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ' Sesungguhnya di antara yang dijumpai atau didapati manusia daripada perkataan para nabi yang terdahulu ialah : Apabila engkau tidak menaruh rasa malu (terhadap sesuatu perlakuan atau tindakan) perbuatlah apa yang engkau kehendaki.'
                                                                                                                             Sahih Bukhari : 3224

hadis ini mengandungi 2 pengertian. yg pertamanya ialah ianya bertujuan memberikan ancaman dan menakut2kan hamba. maksudnya, orang yang tidak mempunyai sifat malu akan berani melakukan pelbagai perbuatan keji berikutan faktor yang menyekat perbuatan itu telah hilang. pengertian ini merupakan pendapat Abu 'Ubaidah.

menurut pendapat ini, hadis di atas bermaksud memberi ancaman, sama seperti firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 40 yang bermaksud: '(Katakanlah kepada orang2 yg menyeleweng itu):'buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya).' 

pengertian yang kedua pula ialah sekiranya seseorang itu memang tidak merasa malu kepada Allah apabila melakukannnya,dia boleh melakukannya. perbuatan yang sepatutnya ditinggalkan ialah perbuatan yang kita merasa malu untuk lakukan di hadapan Allah. demikianlah tafsiran Imam Ahmad menurut riwayat ibnu Hani.

setujukah kalian jika saya katakan bahawa masyarakat pada hari ini semakin menipis ataupun telah hilang sifat malu mereka, berikutan masalah sosial yang melanda semakin menjadi2. malahan lebih teruk jika ingin dibandingkan dengan masyarakat di zaman jahiliyah dulu. renungkan sejenak..firaun mengarahkan supaya dibunuh bayi lelaki sahaja pada zaman pemerintahannya kerana takut bayi tersebut akan menghancurkan kerajaannya. masyarakat arab jahiliyah pula menguburkan bayi perempuan mereka hidup2 namun, masyarakat hari ini tidak mengenal jantina. malahan lebih dahsyat hinggakan sanggup menggugurkan kandungan, membakar, serta membuang di lubang tandas!   

wallahu'alam..