Photobucket

Feb 26, 2010

Dirimu jadi ikutan...

Salamun'alaik...

Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran ku panjatkan pdMu ya Allah kerana masih memberikan ku kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifahNya di muka bumi ini..selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW..

hari ini,26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 H merupakan hari keputeraan baginda Rasul SAW.syukur alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini.

sesungguhnya,Allah mengutuskan para nabi untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya. para nabi juga diutuskan untuk mengajar kita bagaimana hendak menyelamatkan diri di akhirat kelak. 

tiba2, terbit beberapa persoalan dalam fikiranku..apakah selama ini,sambutan Maulidur Rasul yang kita lakukan selama ini merupakan satu ibadat ataupun adat semata2? apakah sambutan ini hanya sekadar untuk memperingati tarikh lahir baginda semata2?adakah semangat cintakan Rasul hanya hadir pada bulan ini sahaja?tepuk dada,tnyalah iman saudara/ri..


sebenarnya, sambutan MaulidurRasul ini tidak boleh terhenti setakat perayaan dan mengadakan majlis2 keramaian sahaja. apa yang lebih penting untuk kita lakukan ialah dengan mengikuti dan menegakkan sunnah Baginda SAW.

saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada satu ceramah yang telah disampaikan oleh Prof Izhar Ariff.beliau ada menyebut beberapa cara untuk menerapkan diri kita dalam mengamalkan sunnah2 Rasulullah SAW.

yang pertama ialah kita perlu menitikberatkan tanggungjawab,iaitu dengan mendahulukan hak2 Allah,Nabi dan diikuti dengan hak kepada manusia. mendahulukan hak2 Allah bermaksud,kita perlu melakukan segala perintahnya serta meninggalkan larangannya.di samping itu, kita sekali2 tidak boleh berburuk sangka terhadap Allah.

melaksanakan tanggungjawab  kepada nabi ialah kita perlu mengkaji serta memahami sejarah serta hadis2 baginda.dalam khutbah baginda yang terakhir,baginda ada menyebut "Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya,nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku".

seterusnya,menunaikan tanggungjawab terhadap manusia ialah dengan berbuat baik sesama manusia.

kaedah yang kedua dalam usaha menerapkan diri untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ialah dengan mementingkan ilmu pengetahuan serta beramal dengannya. kepentingan ilmu dapat dilihat sewaktu baginda berhijrah ke Madinah bersama2 dengan kaum Muhajirin yang lain.perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah mendirikan masjid Quba' sebaik sahaja tiba di Madinah. ini kerana,dengan terbinanya masjid, ia akan menjadi sebuah institusi yang mana akan merapatkan hubungan sesama manusia yang seterusnya menjadi tempat perkongsian ilmu,pusat ekonomi dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya mengenai empat perkara iaitu mengenai umur dihabiskan, bagaimana melalui usia muda, daripada mana harta diperoleh dan bagaimana dia membelanjakannya serta apakah dia sudah beramal dengan ilmunya itu.”

seterusnya yang ketiga ialah sentiasa membersihkan hati. kita perlu membersihkan hati setiap hari antaranya dengan beristighfar. apabila hati menjadi bersih,fikiran turut menjadi jernih dan sekaligus merasa ringan untuk melakukan amal kebaikan.

kaedah yang ke empat ialah jangan mengikuti golongan bukan Islam khususnya golongan Barat. orang2 barat telah melakukan pelbagai perkara dalam usaha untuk menjauhkan kita dari ajaran Islam yang sebenar samada secara terang2an mahupun tersembunyi.

yang terakhir ialah dengan memastikan setiap ahli keluarga kita mengikuti setiap ajaran dan suruhan Allah dan Nabi Muhammad SAW dan meninggalkan larangannya.

oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita bersama2 menghayati dan mengamalkan peninggalan Nabi Muhammad SAW.semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah dan beroleh cinta Allah dan RasulNya...insyaALLAH...

wallahua'lam.. 

Feb 24, 2010

Dugaan...

Salam...

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 155 yg bermaksud "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yang sabar"

benar...dalam mengharungi kehidupan sehari2,kita tidak lepas daripada ujian. ujian boleh datang dalam dua bentuk iaitu kesenangan mahupun kesusahan. kadangkala,manusia keliru..mereka menganggap ujian hanyalah ketika dihimpit kesusahan ataupun dilanda pelbagai masalah. tanpa kita sedari ujian yang lebih hebat adalah apabila diuji dengan kesenangan.

sebenarnya, hakikat ujian adalah untuk menduga tahap keimanan kita..sebagai seorang mukmin, kita seharusnya meningkatkan pergantungan kita kepada Allah sewaktu ditimpa dengan ujian..

bercakap mengenai ujian...baru2 ini, aku baru saja diuji..mungkin selama ini,terlalu banyak ujian dalam bentuk kesenangan yang Allah timpakan ke atas diri ini..nak kereta,mak belikan..xde duit, ayah masukkan..ya ALLAH..alangkah bertuahnya diri ini..

tiba2,Allah menduga aku dengan harta yang aku paling sayang..kereta aku..masa mengangkut makanan ke tempat program,kuah kari ayam tertumpah kt dalam kereta..banyak plak tu..satu kereta bau aroma kari ayam..siap ada seketul daging ayam tercampak kt tempat handbreak..

masa diberitahu pasal kejadian tu berdebar jugak hati.entah macam mana la kereta aku..teruk sangat ke?berdebar2 dlm hai..x boleh nak bayangkan..sekali masa kereta dah sampai...Astaghfirullahal'azim..tu je yg aku boleh ckp..


mula2 memang rasa nak marah..tapi bila tengok muka adik yang pegang bekas isi kari ayam tu,rasa kesian plak.habis baju ngan tudung dia bermandikan kari ayam..lencun!


pastu,aku cuba la tenang2kan diri..nak marah2 pun dah xguna kot.benda dah jadi..yg tumpah,memang dah tumpah..


bila difikirkan balik,mungkin ni lah ujan Allah untuk aku kali ni..dulu ada sahabat yg cakap suka naik kete aku,sebab bau wangi..sekarang pun wangi gak..hehe..xpe2..insyaALLAH..ble hilang kot bau kari tu nnti..


selang dua hari lepas kejadian tu,mak telefon..tetiba,mak suruh tukar kete ngan abang..maksudnya,mak suruh aku guna honda city abang...pastu abang pakai suria hitam aku..huhu..inikah hikmahnya??tapi aku xnak la...x sesuai pun kereta tu ngan aku..besar sgt..


pengajaran yang aku dapat dalam kejadian ni adalah,kita perlu bersangka baik dengan Allah..sebabnya,kita x tau hikmah di sebalik ujian yang Allah timpakan pada kita..sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui..


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah),Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu),sedang kamu tidak mengetahuinya..         (Surah Al-Baqarah:216) 



semoga ujian yang kita hadapi selama ini boleh menjadi penghapus dosa yang telah kita lakukan,walaupun hakikatnya bukan mudah untuk melalui semua ujian...
wallahu'alam
 

Feb 17, 2010

Penyakit hati...

  Salamun'alaik...


hati..apa pandangan anda mengenai hati? saya teringat suatu pesan baginda Rasulullah SAW mengenai hati yang bermaksud: "Ketahuilah, dalam setiap tubuh terdapat seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan, jika rosak hati itu maka rosaklah juga seluruh badan. maka ketahuilah bahawa itu adalah hati".

ada juga sepatah syair Arab yang menyebut "Hati adalah menteri yang menasihati"(al-qalbu wazeerun naaseh) atau dalam erti kata yang lain pada zahirnya kita melihat tubuh badan yang menggerakkan sesuatu,namun pemerintah yang sebenarnya dalam diri kita adalah hati.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada menyebut mengenai tanda2 penyakit hati. Dia menyebut sebuah doa yang isinya meminta agar kita diselamatkan dari pelbagai jenis penyakit hati.

"Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak kenyang,mata yang tidak menangis,dan doa yang tidak diangkat".

Doa yang berasal dari hadis Nabi ini menunjukkan tanda2 org yang mempunyai penyakit hati iaitu: 

  1. Orang yang memiliki ilmu,tetapi tidak memanfaatkannya.
  2. Orang yang tiada khusyuk dalam hatinya.
  3. Orang memiliki nafsu yang tidak pernah habis.
  4. Orang yang doanya tidak diangkat dan didengari Allah.
 Dalam kitab yang sama,Imam Al-Ghazali menyebutkan bagaimana caranya untuk kita mengubati penyakit2 hati iaitu:


  1. Mencari guru yang mengetahui penyakit hati kita.
  2. Mendapatkan sahabat yang jujur.
  3. Mempertimbangkan kata2 musuh terhadap diri kita.
  4. Melihat perlakuan buruk pada orang lain dan merasakan perlakuan tersebut ada pada diri kita.


seorang penyair dan tokoh sufi terbesar di Persia iaitu Jalaluddin Rumi ada menceritakan sebuah kisah:

Alkisah, di sebuah kota ada seorang pemuda yang menanam pohon berduri di
tengah jalan. Warga kota sudah memperingatkannya agar memotong pohon berduri
itu. Setiap kali diingatkan, orang itu selalu mengatakan bahwa ia akan
memotongnya besok. Namun sampai orang itu tua, pohon itu belum dipotong
juga. Seiring dengan waktu, pohon berduri itu bertambah besar. Ia menutupi
semua bahagian jalan. Duri itu bukan saja melukai orang yang melalui jalan,
bahka juga melukai pemiliknya. Orang tersebut sudah sangat tua. Dia  menjadi
amat lemah sehingga tidak mampu lagi untuk menebas pohon yang dia tanam
sendiri.
 
Yang dimaksudkan oleh Jalaluddin Rumi dengan pohon berduri itu adalah penyakit hati yang terdapat dalam ruh kita. Bersamaan dengan tambahnya umur, bertambah pula
kekuatannya. Tidak ada lagi waktu yang lebih tepat untuk menebang pohon
berduri di hati kita itu melainkan saat ini. Esok hari, penyakit itu akan
semakin kuat sementara tenaga kita bertambah lemah. Tidak ada daya lagi bagi kita untuk menghancurkannya.
 oleh itu sahabat sekalian,marilah kita bersama2 menjaga hati kita...gunakanlah ilmu yang kita perolehi sehari2 untuk mendekatkan diri kepada Allah.semoga apa yang kita lakukan akan beroleh keberkatan daripada Allah..wallahualam

Feb 14, 2010

Ghazwul fikri..



Rasulullah SAW bersabda :"Sungguh kalian akan mengikuti cara-cara hidup umat sebelum kalian, sedepa demi sedepa, sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal, sampai mereka masuk ke lubang biawak pun, nescaya kalian akan memasukinya bersama mereka." Para sahabat bertanya " Apakah mereka itu dan Nasrani wahai Rasul?" Beliau menjawab " Siapa lagi!"                                                                            
                                                                                                   Hadis riwayat Ibnu Majah dan Bukhari


Ghazwul fikri ataupun dalam bahasa melayu disebut sebagai perang pemikiran.Kali ini,saya ingin mengulas berkaitan perang pemikiran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Penggunaan istilah ini merujuk kepada pemikiran-pemikiran yang datang dari Barat,bersifat menyerang dan memberikan kesan  buruk kepada umat Islam.Pemikiran-pemikiran tersebut dapat meracuni dan bertujuan menjauhkan kaum muslim dari ajaran Islam.

Memetik huraian Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya Ad-Daulah Al-Islamiyyah, yang mana menjelaskan berkaitan halangan-halangan yang bakal dihadapi oleh kaum muslimin sewaktu ingin mendirikan kembali Daulah Islam. Salah satu daripada halangan yang disebutkan dalam buku tersebut adalah terdapatnya pemikiran-pemikiran yang tidak Islami.

Hal ini berikutan,dunia Islam masa kini sedang mengalami kemunduran dan kedangkalan berfikir menyebabkan pemikiran-pemikiran yang tidak Islami tumbuh dengan subur.Oleh itu,muncullah para intelektual yang  mengamalkan pemikiran secara liberal. Mereka dengan bangganya menyerukan Islam Liberal dalam segenap aspek,termasuk pemikiran Islam. Mereka juga seolah2 'alergi' dengan pemikiran Islam seperti Syariat dan Khilafah.

Saya ingin memberikan satu contoh yang mana berkisar tentang seorang guru dan murid-muridnya dalam sebuah kelas.Suatu hari,seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak2 muridnya.Dia duduk menghadap mereka. Di tangan kanannya memegang sebatang pensel manakala di tangan kirinya pula memegang sebatang kapur. Guru itu berkata "Saya ada satu permainan....Caranya begini, di tgn kanan saya ada pensel,di tgn kiri ada kapur. Jika saya angkat pensel ini,maka berteriaklah "Pensel !"  jika saya angkat kapur ini maka katakan "Kapur!"

Murid2nya pun mengerti dan mengikutinya. Guru itu berganti-gantian mengangkat  antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian,guru itu kembali berkata " Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat pensel,katakan "Kapur!" Jika saya angkat kapur, sebutlah "Pensel!" Dan diulang-ulang seperti tadi, tentu saja murid2 tadi keliru dan bingung,dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun,lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dan tidak bingung lagi. Selang beberapa saat,permainan pun berhenti.

Guru tadi tersenyum kepada murid2nya. "Murid2.begitulah kita umat Islam. mulanya yang hak itu hak, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian,musuh2 kita memaksa dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu,dari yang hak kepada batil dan sebaliknya. Pertama2,mungkin akan sukar bagi kita untuk menerima hal tersebut,tapi dengan terus disosialisasikan oleh mereka dengan pelbagai cara yang menarik akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal tersebut. Dan mulai dapat mengikutinya. 

"Keluar berduaan, berpacaran bukanlah sesuatu yang salah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disdari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik...permainan yang kedua" guru itu melanjutkan.

"Cikgu ada satu kitab Al-Qur'an,..cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Kitab Al- Qur'an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet ?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya  Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan di ambilnya Kitab Al- Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.Guru berkata ..."Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.


Dalam buku yang sama Syeikh an-Nabhani  memberikan penyelesaian yang harus menjadi agenda utama kaum Muslimin dalam menghadapi keadaan yang teruk ini.

Pertamanya, membina umat, terutama para intelektualnya, dengan pemikiran Islam yang ideal. Dalam hal ini, harus dijelaskan kepada umat secara sebenarnya bahawa Islam memang mampu menyelesaikan persoalan-persoalan kehidupan mereka secara nyata. Di sinilah pentingnya melakukan pengkajian yang lebih jelas tentang sistem ekonomi Islam, sistem politik Islam, sistem pendidikan Islam, dan yang lainnya. Pemikiran Islam harus disampaikan secara jelas; tidak sekadar membahas akidah sahaja, atau fiqh ibadah sahaja, mahupun akhlak sahaja.Pembahasan Islam juga harus dikaitkan dengan fakta-fakta/persoalan-persoalan nyata sekarang, lalu dijelaskan bagaimana Islam menyelesaikan persoalan tersebut.

Kedua, menjelaskan kepada masyarakat tentang kepalsuan dan keburukan idea-idea selain Islam yang bersumber dari ideologi seperti Kapitalisme dan Sosialisme. Dijelaskan juga kepada mereka bahaya dari idea-idea tersebut dan bagaimana pertentangannya dengan Islam. Di sinilah pentingnya menjelaskan kepalsuan dan kedustaan...
 

Feb 9, 2010

Belum selesai...

Salamun'alaik..

Setelah terpengaruh dengan sahabat2 sekeliling,akhirnya berjaya jugak aku wat blog ni.Walaupun isinya x la seberapa..huhu..tp xpe..smoga niat aku utk menggunakan blog ini sbgai satu medium utk berdakwah dan berkongsi ilmu xkan sia2.smoga apa yg kita lakukan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT..InsyaALLAH...

Hari ni aku terbaca satu artikel yang bertajuk "Belum Selesai". Artikel ni pendek je,tp isinya cukup mendalam.

Maksud "belum selesai" yang dimaksudkan di sini ialah tanggungjawab untuk memperbaiki diri bagi seorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum,iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang..bukan seperti iman para nabi yang sentiasa meningkat mahupun iman para malaikat yang tidak pernah berubah. 

Oleh sebab itu, perjuangan kita dalam memperbaiki diri masih belum selesai sehingga mencapai tahap-tahap tertentu.

Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna, ada 10 perkara yang sepatutnya menjadi fokus utama seorang muslim ketika memperbaiki dirinya. Beliau berkata: "Seorang muslim perlu memperbaiki dirinya sehinggalah:

  1. Kuat tubuh badannya.
  2. Mantap akhlaknya.
  3. Fikiran yang berilmu pengetahuan.
  4. Mampu berdikari.
  5. Bersih aqidahnya.
  6. Sahih ibadahnya.
  7. Mujahadah diri.
  8. Menjaga waktu.
  9. Tersusun urusan hidup.
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
Kesemua perkara di atas adalah kewajipan setiap muslim"

Pesanan di atas merupakan satu saranan yang cukup ringkas,tapi padat dan jelas kehendaknya.

Yang "belum selesai" ialah melaksanakannya.Oleh itu,marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita dengan menjadikan saranan di atas sebagai panduan...

 
 Wallahu'alam..
 

Feb 8, 2010

Buatmu sahabat..



Pertemuan antara kita,
Tidak pernah direncana,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun,
Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan dihati ini,
Malah,
Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...
Perpisahan..
Ternyata amat menyakitkan,
Seringkali mengundang air mata,
Keindahan dan kenikmatan yang kita hadapi bersama,
Bagaikan disentap pergi serta merta,
Walaupun begitu,
Ingatlah sahabatku...
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah,
Oleh itu,
Terimalah dengan penuh keredhaan,

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada pertemuan lagi selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi,
InsyaALLAH...