Photobucket

Feb 8, 2010

Buatmu sahabat..



Pertemuan antara kita,
Tidak pernah direncana,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun,
Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan dihati ini,
Malah,
Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...
Perpisahan..
Ternyata amat menyakitkan,
Seringkali mengundang air mata,
Keindahan dan kenikmatan yang kita hadapi bersama,
Bagaikan disentap pergi serta merta,
Walaupun begitu,
Ingatlah sahabatku...
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah,
Oleh itu,
Terimalah dengan penuh keredhaan,

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada pertemuan lagi selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi,
InsyaALLAH...

1 comment:

  1. Assalamualaikum. tahniah shbt sbb bt blog nie. 1 inisiatif yg baik. post pn menarik. Smg blog ni bertambah baik..:)

    ReplyDelete