Photobucket

Feb 26, 2010

Dirimu jadi ikutan...

Salamun'alaik...

Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran ku panjatkan pdMu ya Allah kerana masih memberikan ku kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifahNya di muka bumi ini..selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW..

hari ini,26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 H merupakan hari keputeraan baginda Rasul SAW.syukur alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini.

sesungguhnya,Allah mengutuskan para nabi untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya. para nabi juga diutuskan untuk mengajar kita bagaimana hendak menyelamatkan diri di akhirat kelak. 

tiba2, terbit beberapa persoalan dalam fikiranku..apakah selama ini,sambutan Maulidur Rasul yang kita lakukan selama ini merupakan satu ibadat ataupun adat semata2? apakah sambutan ini hanya sekadar untuk memperingati tarikh lahir baginda semata2?adakah semangat cintakan Rasul hanya hadir pada bulan ini sahaja?tepuk dada,tnyalah iman saudara/ri..


sebenarnya, sambutan MaulidurRasul ini tidak boleh terhenti setakat perayaan dan mengadakan majlis2 keramaian sahaja. apa yang lebih penting untuk kita lakukan ialah dengan mengikuti dan menegakkan sunnah Baginda SAW.

saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada satu ceramah yang telah disampaikan oleh Prof Izhar Ariff.beliau ada menyebut beberapa cara untuk menerapkan diri kita dalam mengamalkan sunnah2 Rasulullah SAW.

yang pertama ialah kita perlu menitikberatkan tanggungjawab,iaitu dengan mendahulukan hak2 Allah,Nabi dan diikuti dengan hak kepada manusia. mendahulukan hak2 Allah bermaksud,kita perlu melakukan segala perintahnya serta meninggalkan larangannya.di samping itu, kita sekali2 tidak boleh berburuk sangka terhadap Allah.

melaksanakan tanggungjawab  kepada nabi ialah kita perlu mengkaji serta memahami sejarah serta hadis2 baginda.dalam khutbah baginda yang terakhir,baginda ada menyebut "Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya,nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku".

seterusnya,menunaikan tanggungjawab terhadap manusia ialah dengan berbuat baik sesama manusia.

kaedah yang kedua dalam usaha menerapkan diri untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ialah dengan mementingkan ilmu pengetahuan serta beramal dengannya. kepentingan ilmu dapat dilihat sewaktu baginda berhijrah ke Madinah bersama2 dengan kaum Muhajirin yang lain.perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah mendirikan masjid Quba' sebaik sahaja tiba di Madinah. ini kerana,dengan terbinanya masjid, ia akan menjadi sebuah institusi yang mana akan merapatkan hubungan sesama manusia yang seterusnya menjadi tempat perkongsian ilmu,pusat ekonomi dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya mengenai empat perkara iaitu mengenai umur dihabiskan, bagaimana melalui usia muda, daripada mana harta diperoleh dan bagaimana dia membelanjakannya serta apakah dia sudah beramal dengan ilmunya itu.”

seterusnya yang ketiga ialah sentiasa membersihkan hati. kita perlu membersihkan hati setiap hari antaranya dengan beristighfar. apabila hati menjadi bersih,fikiran turut menjadi jernih dan sekaligus merasa ringan untuk melakukan amal kebaikan.

kaedah yang ke empat ialah jangan mengikuti golongan bukan Islam khususnya golongan Barat. orang2 barat telah melakukan pelbagai perkara dalam usaha untuk menjauhkan kita dari ajaran Islam yang sebenar samada secara terang2an mahupun tersembunyi.

yang terakhir ialah dengan memastikan setiap ahli keluarga kita mengikuti setiap ajaran dan suruhan Allah dan Nabi Muhammad SAW dan meninggalkan larangannya.

oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita bersama2 menghayati dan mengamalkan peninggalan Nabi Muhammad SAW.semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah dan beroleh cinta Allah dan RasulNya...insyaALLAH...

wallahua'lam.. 

1 comment:

  1. setuju dgn pendapat acik...dgr ceramah kt tv td, ade ayat yg menyentuh hati...org yang ada kecintaan kepada nabi akan sentiasa mengingati nabi dalam selawat dan mengikuti sunnah nabi...

    ReplyDelete