Photobucket

Feb 20, 2011

SIFAT DAN KEPERIBADIAN UMAR ABDUL AZIZ YG TERPENTING

Bismillahirrahmanirrahim..


tidak diragukan lagi bahawa keperibadian Umar Abdul Aziz adalah keperibadian seseorang yang memiliki jiwa kepimpinan yang menarik dan bersifat rabbani. antara sifat tersebut adalah keimanannya kepada Allah SWT yang begitu kukuh, keimanan kepada hari akhirat, rasa takutnya kepada kepada Allah, berwawasan, memiliki ilmu yang luas, jujur, berani, berwibawa, zuhud, gemar berkorban, tawaduk, selalu menerima nasihat orang lain dan banyak lagi sifat terpuji yang lain.


insyaALLAH,pada hari ini aku ingin berkongsi dua sifat dan keperibadian Umar Abdul Aziz yang terpenting. yang pertamanya ialah sifatnya yang sangat takut kepada ALLAH. keistimewaan dan kelebihan yang ada pada beliau adalah hasil yang lahir daripada keimanannya kepada Allah dan kewujudan hari akhirat serta kerinduannya untuk segera menempah syurga. beliau begitu mendambakan dirinya untuk menjadi penghuni syurga dan sangat mengutamakan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang bersifat sementara.


isteri baginda pernah mengulas mengenai keperibadian Umar, "Demi Allah, Umar bukanlah paling banyak solatnya dan bukanlah orang yang sering melaksanakan puasa. akan tetapi, demi Allah aku tidak pernah melihat orang yang paling takut kepada Allah selain Umar Abdul Aziz. dia sering berzikir kepada Allah meskipun berada di atas tilamnya sehingga tubuhnya bergoncang-goncang seperti burung yang sedang ketakutan."


sifat dan keperibadian beliau yang kedua yang ingin saya kongsikan adalah sifat zuhud. menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman dan panduan dalam meneruskan perjalanan hidupnya, Umar memahami bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan dan ujian bagi manusia. dunia juga merupakan ladang untuk menanam benih amal soleh agar boleh dituai hasilnya pada hari pembalasan kelak.


Malik bin Dinar pernah berkata, "Seluruh manusia berkata bahawa saya memiliki keperibadian yang begitu zuhud. akan tetapi Malik berkata mereka bahawa orang yang bersifat zuhud hanya Umar Abdul Aziz. ini kerana di depannya terpampang jelas kenikmatan duniawi yang dengan mudah dapat diraih olehnya, akan tetapi Umar memilih untuk meninggalkan semua itu demi kebahagiaan akhirat kelak. Ibnu Abdul Hakam berkata, "ketika Umar mengambil alih pemerintahan sebagai khalifah, maka beliau menghiasi dirinya dengan sifat zuhud dalam menyingkap kehidupan duniawi dan menolak segala bentuk kelazatan makanan. jika makanan itu dihidangkan kepadanya, maka baginda akan menutupnya sehingga selera makannya benar-benar datang."


semoga sifat dan keperibadian yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz dapat kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. insyaALLAH...


wallahu'alam..      

No comments:

Post a Comment