Photobucket

Sep 14, 2010

berusaha meraih redha Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sekiranya bagi anak Adam itu memiliki satu wadi emas, pasti dia akan mahu satu wadi emas lagi, sedangkan semua tidak memenuhi mulutnya melainkan tanah."                                                                                                                Sahih Muslim


mari kita renungkan bersama maksud hadis di atas. ianya berkias tentang hakikat yang akan dilalui oleh manusia sewaktu hidup di dunia ini. sekiranya harta yang seseorang miliki di dunia ini mampu menjadikannya seorang yang sentiasa terdorong untuk melakukan kebajikan, nescaya berbahagialah dia sama ada di dunia mahupun di akhirat. sebaliknya, jika harta tersebut melalaikan dirinya dan mendorangnya ke jalan maksiat serta kekufuran maka celakalah yang menantinya sama ada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Hassan al-Basri pernah ditanya "wahai Abu Sa'id, siapakan manusia yang paling keras teriakannya pada hari kiamat?" Beliau menjawab:"orang yang dikurniakan nikmat, tetapi dia menggunakannya untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT." 


sesungguhnya, peringatan ini sudah cukup menjadi pedoman bagi manusia yang mahu menginsafi akan hakikat kita dihadirkan di dunia ini. sebagai umat Islam, kita perlu berusaha mengajak diri sendiri serta saudara kita supaya melakukan amalan kebaikan dan bukannya menggalakkan mereka melakukan kejahatan. 


wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment